#BELEGITBUYORI #JANJILEGIT

IKRAR
Malaysia

Apabila seseorang membeli atau menjual produk seludup, alasan yang biasa kita dengar ialah…
Rileks-la bro! ok je tu. Takat satu benda macam ni tak akan menyakiti sesiapa lah.
SALAH. Produk tiruan adalah bersifat jenayah, memudaratkan dan berbahaya.
SEDIH tapi itulah REALITINYA.

Jenayah

Jenayah

Hal ini TIDAK boleh buat MAIN-MAIN. Apabila produk tiruan diseludup ke dalam negara, kerajaan akan menanggung kerugian berbilion-bilion ringgit kerana kartel-kartel jenayah ini. Hakikatnya, aktiviti penyeludupan ini makin menjadi-jadi kerana korupsi sudah menjadi KEBIASAAN.

Tahu Tak? Apabila kerajaan hilang pendapatan dan perlu mencari wang, kita sebagai rakyat yang kena tanggung. Cukai akan meningkat. Bisnes-bisnes juga akan menerima tempiasnya lalu menyebabkan peniaga terpaksa meningkatkan harga barangan. Akibatnya, siapa yang perlu tanggung? Rakyatlah yang perlu membayar lebih! Perkhidmatan awam yang patut dinikmati rakyat seperti hospital, jalan raya dan tandas akan menjadi lebih teruk ( kerana tiada dana untuk penyelenggaraan!) tak patutkan?

Kemudaratan

Kemudaratan

Barangan haram seperti rokok seludup dan kosmetik tiruan tidak pernah diuji atau melalui sebarang pemeriksaan kesihatan yang ketat.Jadi, penggunaan produk tiruan adalah seperti meracunkan diri sendiri.

Realitinya: Kualiti pada barangan tiruan adalah sangat teruk. Ia bukan sahaja membazirkan wang dompet anda malah, kadangkala barangannya juga selalunya tidak berkualiti dan boleh menjejaskan kesihatan!

Bahaya

Bahaya

Pernahkah anda tanya diri sendiri – produk tiruan ini datangnya dari mana?

Seringkali, kartel jenayah (ala Mafia) menjadi dalang di sebalik penciptaan dan penjualan barang-barang tiruan kepada pengguna. Yang paling gempak, operasi mereka dirancang dengan teliti. Mereka mengunakan cara-cara yang licik untuk memastikan kegiatan jenayah mereka tidak dihidu pihak berkuasa.

Penjenayah ini juga terlibat dalam jenayah serius seperti aktiviti keganasan! Anda mungkin fikir ‘Memang tak lah!’ Malaysia mana ada pengganas..tetapi siapa tahu wang hasil jualan yang disalurkan tu milik siapa atau kemana? Dan, seringkali -tonto yang bekerja untuk kartel ini sanggup meragut, mencuri dan merompak!

IKRAR

Selain itu, kerana penjenayah-penjenayah inilah jenama-jenama asli tempatan tidak berpeluang untuk merasai kejayaan perniagaan mereka kerana ditindas oleh kartel jenayah ini. Kesian diaorang!

Jangan biarkan penjenayah ini terus merompak kita.

Jom kita buatlah yang baik demi Negara.

Saya,
berikrar untuk tidak membeli produk tiruan.
Saya tidak mahu wang saya digunakan oleh kartel jenayah tetapi ia patut digunakan untuk membina sebuah bangsa dan negara yang lebih baik untuk saya.


#belegitbuyori   #janjilegit




Dengan menyumbangkan wang untuk menyokong dan membeli produk asli, saya ingin kerajaan melaburkan duit ini dalam usaha-usaha:

1645 TELAH MENYATAKAN PENDIRIAN MEREKA